Ibrahim, dari ayat
21~30,
21. Dan mereka sekelian akan menghadap Allah, lalu akan berkata
orang-orang yang sombong; “ sesungguhnya dahulu kami mengikut kamu, lantaran
itu, bolehkah kamu melepaskan diri kami sedikit sahaja dari azab Allah ? “
mereka jawab ; “kalau Allah pimpin kami, tentu kami pimpin kamu, sama
sahaja bagi kita, mahu pun kita dukacita
atau kita sabar, kerana tidak ada bagi kita tempat lari”.
22. Dan
berkata syaitan, tetakala diputuskan hukuman;
“sesungguhnya Allah janji kepada
kamu perjanjian yang benar, tetapi aku janji kepada kamu, lalu aku menyalahi janji
kepada kamu, dan tidaklah ada bagi ku kekuasaan atas kamu, kecuali aku ajak
kamu, lalu kamu perkenankan daku, lantaran itu, janganlah kamu cela akan daku,
tetapi celalah diri-diri kamu sendiri, tidaklah aku boleh menolong kamu dan
tidaklah kamu boleh menolong akan daku,
aku kufur kepada pekerjaan kamu menyekutukan daku dahulu”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, bagi
mereka lah azab yang pedih.
23. Dan dimasukkan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh kedalam syurga yang mengalir padanya
sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya dengan izin Tuhan mereka,
penghormatan mereka padanya ialah; “salam”.
24. Tidak kah engkau lihat, bagaimana Allah adakan
perumpamaan, satu kalimah yang baik, seperti satu pohon yang baik, yang
pangkalnya tetap dan cabang nya kelangit.
25. Ia
datangkan makanan nya tiap-tiap waktu dengan izin Tuhan nya ! dan Allah adakan
misal-misal itu untuk manusia, supaya mereka boleh ingat.
26. Dan
perumpamaan kalimah yang jelek, seperti satu pohon yang jelek, yang dicabut
dari atas bumi sehingga tidak ada bagi nya ketetapan lagi.
27. Allah
tetapkan orang-orang yang beriman, dengan perkataan yang tetap dipenghidupan dunia dan diakhirat,
dan Allah sesatkan orang-orang yang
zalim, dan Allah berbuat apa yang ia kehendaki.
28. Tidak
kah engkau lihat orang-orang yang tukar nikmat Allah dengan kekufuran, dan
tempatkan kaum mereka dalam kebinasaan ?
29. Iaitu neraka jahanam yang mereka akan masuk
padanya, pada hal jelek tempat ketetapan itu.
30. Dan
mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu untuk menyesatkan manusia dari jalan
nya. Katakan lah; “bersenang-senanglah kamu, kerana sesungguhnya tempat kambali
kamu itu ke neraka”.
.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/telurtiruan/4
Following Twiter, [] https://sites.google.com/site/telurtiruan/4
[] https://twitter.com/shoppeknajid3/status/690816037835538432
.